Persepsi Majikan Terhadap Pelajar Kolej Komuniti Jempol semasa Menjalani Latihan Industri [Employer Perception of Kolej Komuniti Jempol Students during Industrial Training]

Authors

  • Mesheta Noor Kolej Komuniti Jempol
  • Norazah Abdullah Kolej Komuniti Jempol

Keywords:

Majikan, Kolej Komuniti, Latihan Industri, Persepsi

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kolaborasi dan Keusahawanan, Jabatan Pendidikan dan Kolej Komuniti. Walaubagaimanapun kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang majikan dan nilai alpha cronbach’s yang diperolehi adalah 0.955. Jumlah responden adalah 99 orang pelajar latihan industri Kolej Komuniti Jempol bagi sesi Disember 2019. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science Software Version 22.0 (SPSS) untuk mendapatkan min, ujian-t dan korelasi pearson. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap persepsi majikan terhadap pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jempol bagi kesemua aspek adalah berada tahap tinggi dengan purata skor min 4.185. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap kepuasan majikan terhadap pelajar-pelajar Latihan Industri Kolej Komuniti Jempol mengikut jantina dan nilai korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah diantara persepsi majikan terhadap pelajar-pelajar berdasarkan jantina.

This study is a quantitative study that uses a questionnaire as a research instrument. The questionnaire is provided by Bahagian Kolaborasi dan Keusahawanan, Jabatan Pendidikan dan Kolej Komuniti. However, a pilot study was conducted on 20 employers and the alpha cronbach’s value was 0.955. A total of 99 respondents from Kolej Komuniti Jempol training students for December 2019. Study data were analyzed using Statistical Package for Social Science Software Version 22.0 (SPSS) to obtain mean, t-test and pearson correlation. The findings of the study found that the level of employers perception of Kolej Komuniti Jempol students for all aspects are high level with an average score 4.185. There also no difference level of employer satisfaction for students by gender and correlation value shows that there’s a weak relationship between employers perceptions of students based on gender.

Published

2020-10-15