Mekanisme al-Khiyar Sebagai Remedi Perlindungan Pasca Kontrak [The Mechanism of al-Khiyar as a Post-Contract Protection Remedy]

Authors

  • Shofian Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kata kunci: al-khiyar, remedi pilihan sendiri, pasca kontrak, perlindungan pihak berkontrak, Islam

Abstract

Melindungi kepentingan pihak-pihak yang berkontrak menjadi objektif utama dalam undang-undang kontrak dan juga syariat Islam. Ini kerana tujuan sesebuah kontrak dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan pihak berkontrak seperti mana yang mereka harapkan ia berlaku. Sebarang usaha untuk memanipulasikan hak mereka akan diberi pembelaan dan perlindungan tertentu dalam undang-undang mahupun Islam. Para ulama telah menggariskan peraturan tertentu untuk melindungi pihak berkontrak. Antaranya adalah melalui remedi al-khiyar. Artikel ini membincangkan jenis-jenis al-khiyar dan peranannya dalam melindungi pihak berkontrak di peringkat pasca kontrak. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah deduktif dengan menganalisis pandangan sarjana Islam berkaitan al-khiyar sebagai remedi pilihan sendiri yang melindungi pihak-pihak berkontrak. Hasil daripada kajian ini mendapati sesetengah jenis al-khiyar menjadi remedi ketika proses pra kontrak. Remedi seperti ini dapat menyeimbangkan kuasa berunding antara pihak-pihak yang berkontrak. Manakala sesetengah jenis al-khiyar pula sesuai dijadikan remedi pasca kontrak yang dapat melindungi hak pihak-pihak yang terkilan dalam berkontrak. Secara umumnya mekanisme al-khiyar merupakan suatu remedi berbentuk pilihan sendiri yang terdapat dalam Islam. Dapatan daripada kajian ini dapat dijadikan cadangan untuk menambah baik usaha perlindungan pihak berkontrak pada masa kini yang semakin mencabar dan kompleks.

Protecting the interests of contracting parties is the main objective in contract law as well as Islamic law. This is because the purpose of a contract is to meet the contracting party's needs as they expect it to happen. Any attempt to manipulate their rights will be given certain defenses and protections in both Islamic and Islamic law. Scholars have outlined certain regulations to protect contracting parties. Among them are the remedies of al-khiyar. This article discusses the types of al-khiyar and their role in protecting contractors at the post-contract level. This qualitative study uses a deductive method by analyzing the views of Islamic scholars regarding al-khiyar as a self-choice remedy that protects contracting parties. The results of this study found that some types of al-khiyar became remedies during the pre-contract process. Such remedies can balance the negotiating power between contracting parties. While some types of al-khiyar are also suitable as post-contract remedies that can protect the rights of the parties involved in the contract. In general, the mechanism of al-khiyar is a self-chosen remedy found in Islam. The findings from this study can be used as a suggestion to improve the protection efforts of contractors in an increasingly challenging and complex era.

Published

2023-06-30