Penggunaan Serangga (al-Hasharat) dalam Produk Kosmetik menurut Perspektif Maslahah

Authors

  • Ainul Yaqin Bakharudin
  • Mohammad Zaini Yahaya

Keywords:

Penggunaan, serangga, kosmetik, maslahah tahsiniyyah, maslahah hajiyyah

Abstract

Serangga (al-?ashar?t) seperti cacing, siput babi, kumbang (cochineal) dan cengkerik digunakan sebagai bahan penghasilan produk kosmetik. Tambahan pula, kajian saintifik membuktikan penggunaan serangga-serangga tersebut mempunyai manfaat (maslahah) tersendiri dalam penghasilan produk kosmetik. Persoalannya, adakah memanfaatkan khasiat al-?ashar?t dalam kosmetik bersesuaian dengan konsep maslahah yang berteraskan aspek daruriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah? Justeru, objektif artikel ini bertujuan mengenal pasti konsep maslahah yang bersesuaian serta menganalisis aplikasinya terhadap penggunaan haiwan al-?ashar?t dalam penghasilan produk kosmetik. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan daripada sumber fiqh dan sains. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan haiwan al-?ashar?t dalam kosmetik bagi tujuan kecantikan merupakan maslahah tahsiniyyah dan boleh meningkat ke tahap maslahah hajiyyah sekiranya penggunaannya bagi tujuan rawatan.

Published

2019-07-02