Keperluan Bahan Sastera dalam Sukatan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Asing [The Need For Literary Materials In The Arabic Language Curriculum For Teaching Arabic As A Foreign Language]

Authors

  • Rosni Samah Universiti Sains Islam Malaysia
  • Aishah Isahak Universiti Sains Islam Malaysia
  • Najwa Rosni SMK Kompleks KLIA

Keywords:

bahan sastera, bahasa Arab, pembelajaran, sastera Arab, bahasa asing.

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia lebih menumpukan sudut komunikasi yang berfokus kepada situasi. Sukatan dan buku teksnya dirombak bagi memenuhi keperluan tersebut. Terdapat kajian lepas yang membincangkan tentang kelemahan pelajar menguasai bahasa Arab walaupun mereka sudah belajar beberapa lama. Kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan guru-guru sastera Arab terhadap kepentingan bahan sastera dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing. Kajian ini memfokuskan bahan sastera yang menjadi tarikan minat dalam pembelajaran bahasa, membekalkan templat bahasa, kosa kata baharu, templat kaedah linguistik, dan membekalkan budaya dan dialek Arab. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif analisis kandungan dan temu bual berstruktur sebagai instrumen. Bagi mendapatkan data, disediakan soalan mengikut bidang terlebih dahulu. Seramai lima orang tenaga pengajar bagi kursus sastera dipilih sebagai peserta kajian. Tiga peserta terdiri daripada pensyarah universiti yang memiliki PhD dan dua orang peserta daripada guru sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahan sastera dapat memenuhi keperluan yang digariskan dalam objektif kajian. Ia perlu digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing. Sukatan dan buku teks pembelajaran bahasa Arab hari ini perlu dilihat semula oleh badan-badan yang berkepentingan.   

Arabic language learning in Malaysia has predominantly focused on communicative aspects, emphasizing situational contexts. Accordingly, the curriculum and textbooks have been revised to meet these needs. Previous studies have highlighted students’ persistent weaknesses in mastering Arabic despite having studied it for an extended period. This study aims to examine the perspectives of Arabic literature teachers regarding the role of literary materials in teaching Arabic as a foreign language. Specifically, it explores how such materials enhance learners’ interest in the language, provide linguistic templates, introduce new vocabulary, offer methodological linguistic patterns, and present Arab culture and dialects. Adopting a qualitative research design, this study employed content analysis and structured interviews as its primary instruments, with questions prepared in advance according to thematic domains. Five literature instructors participated in the study, comprising three university lecturers holding doctoral degrees and two school teachers. The findings reveal that literary materials effectively address the needs outlined in the study objectives and should be incorporated into the teaching of Arabic as a foreign language. The study recommends that relevant stakeholders re-evaluate the current syllabus and textbooks used in Arabic language education in Malaysia.

Published

2025-09-20