Hubungan Muslim-Kristian di Sandakan dan Ranau, Sabah [Muslim-Christian Relations in Sandakan and Ranau, Sabah]
Keywords:
hubungan Muslim-Kristian, pengetahuan agama, interaksi sosial, kesepaduan sosial, Sandakan, Ranau. Muslim-Christian relations, religious knowledge, social interaction, social cohesion, Sandakan, Ranau.Abstract
Artikel ini membincangkan mengenai hubungan Muslim-Kristian di Sandakan dan Ranau Sabah berdasarkan kepada kefahaman agama, interaksi sosial dan kesepaduan sosial. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran umum hubungan masyarakat Muslim-Kristian yang melibatkan kawasan bandar (Sandakan) serta kawasan luar bandar (Ranau). Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 500 orang responden yang terdiri daripada masyarakat Muslim-Kristian di Sandakan dan Ranau, Sabah. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPPS melalui pendekatan deskriptif dan Korelasi Spearman Who. Antara tema interaksi sosial yang difokuskan ialah tema pemakanan, aktiviti kemasyarakatan, sambutan perayaan, ziarah menziarahi dan perkahwinan. Manakala kesepaduan sosial pula mengandungi lima elemen utama iaitu perasaan kekitaan, penyertaan, keterangkuman, pengiktirafan dan legitimasi. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengetahuan agama hanya mempengaruhi sedikit sahaja terhadap interaksi dan hubungan baik masyarakat Muslim-Kristian. Hubungan baik yang berlaku dalam kalangan masyarakat Muslim-Kristian di Sabah disebabkan interaksi seharian dan keinginan hidup aman dan damai bersama.
This article examines Muslim-Christian relations in Sandakan and Ranau, Sabah, focusing on religious understanding, social interaction, and social cohesion. The study employs a questionnaire as its primary instrument, involving 500 respondents from Muslim and Christian communities in Sandakan and Ranau, Sabah. The data were analyzed using SPSS software through descriptive and Spearman Who Correlation approaches. The social interaction themes explored include food practices, community activities, celebration of festivities, mutual visits, and interfaith marriages. Meanwhile, social cohesion is analyzed based on five main elements: a sense of belonging, participation, inclusivity, recognition, and legitimacy. The study aims to provide an overview of Muslim-Christian relations in both urban (Sandakan) and rural (Ranau) settings. The findings reveal that religious knowledge has minimal influence on the interaction and positive relations between Muslim and Christian communities. Instead, social cohesion among individuals of different faiths in Sabah is driven by daily interactions and the shared desire to live peacefully and harmoniously.