Antara Realiti dan Khayalan Su Usul dalam Tunggul-tunggul Gerigis: Satu Analisis Berdasarkan Teori Psikonalisis Freud (Between Reality and Fantasy: Exploring Su Usul in Tunggul-tunggul Gerigis: An Analysis based on Freud’s Psychoanalysis)

Authors

  • Eng Lye Ooi Universiti Sains Malaysia
  • Mohamad Luthfi Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia
  • Mohd. Shahremy Ikmal Shahbudin Universiti Sains Malaysia

Keywords:

psikoanalisis, Tunggul-Tunggul Gerigis, realiti, khayalan,

Abstract

Kertas kerja ini memilih novel Tunggul-tunggul Gerigis kerana watak Su Usul boleh dikatakan mengalami gangguan psikosis . Kajian ini bertujuan untuk memaparkan pemikiran dan emosi Su Usul dalam dunia realitinya sehingga kegelisahannya itu menuju ke alam khayalan. Untuk kajian ini, teori psikoanalisis Freud digunakan untuk meneliti  aspek kejiwaan Su Usul. Menurut Nye, psikoanalisis merupakan satu teori personaliti dan juga satu kaedah terapi. Teori psikoanalisis Freud memberi penekanan kepada aspek ketidaksedaran personaliti yang  menunjukkan proses perimbangan di antara id, ego dan superego dalam diri Su Usul yang sentiasa berkonflik dan berkhayal untuk mencapai kepuasan diri. Oleh itu, pendekatan psikoanalisis memudahkan penerokaan perkembangan personaliti Su Usul dalam hubungan dalaman dirinya dan hubungannya dengan dunia luar. Dunia Su Usul sering berbaur dengan unsur realiti dan khayalan.   

This paper selects the novel Tunggul-tunggul Gerigis because the character Su Usul can be said to be experiencing psychosis. This study aims to portray Su Usul's thoughts and emotions within her reality, leading to her anxieties that descend into the realm of delusion. For this study, Freud's psychoanalytic theory is used to examine the psychological aspects of Su Usul. According to Nye, psychoanalysis is both a theory of personality and a method of therapy. Freud's psychoanalytic theory emphasizes the aspect of the unconscious personality, which demonstrates the balancing process between the id, ego, and superego within Su Usul, who is constantly in conflict and delusional in her pursuit of self-gratification. Therefore, the psychoanalytic approach facilitates the exploration of Su Usul's personality development in terms of her internal relationships and her relationship with the external world. Su Usul's world is often a blend of reality and delusion.

Published

2025-09-20