Keperluan dan Keberkesanan Kursus Bahasa Arab untuk Tujuan Haji dan Umrah [Need for Arabic Language Courses for Hajj and Umrah Purposes]

Authors

  • Mohd Sollah Mohamed Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan
  • Razimi Zakaria Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan

Keywords:

bahasa Arab, Haji, Umrah, kursus, pengurusan Arabic language, Hajj, Umrah, course, management

Abstract

Pengajian Bahasa Arab kian mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan tujuan pengajian yang semakin pelbagai, termasuk untuk komunikasi, akademik, perniagaan, dan pengamalan agama. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan kursus Bahasa Arab khusus bagi ibadat Haji dan Umrah. Salah satu isu utama yang dikenal pasti ialah bahawa kebanyakan kursus ibadah Haji dan Umrah yang dianjurkan hanya menumpukan pada aspek pelaksanaan rutin ibadah, hukum-hukum ibadah secara literal, serta pengurusan dan penjagaan kesihatan. Walaupun elemen-elemen ini dapat membantu para jemaah, ia masih belum mencukupi untuk mencapai kesempurnaan dalam beribadah. Menyedari kepentingan bahasa dalam konteks ibadah Haji dan Umrah, satu modul kemahiran bahasa berasaskan ketepatan dan keperluan bahasa Arab sebagai bahasa ibadat telah dibangunkan. Kursus ini bertujuan untuk memudahkan jemaah Haji dan Umrah dalam menyempurnakan kedua-dua ibadat tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan bahasa merupakan elemen penting yang dapat meningkatkan kesempurnaan umat Islam dalam melaksanakan ibadat ini. Kesimpulannya, penyediaan kursus Bahasa Arab yang komprehensif dan berfokuskan tujuan Haji dan Umrah adalah perlu. Inisiatif untuk menganjurkan kursus sedemikian harus diambil serius oleh agensi-agensi pengurusan yang terlibat dalam industri ini untuk memperkasa kualiti ibadat para jemaah.   

Arabic language studies are gaining increasing attention among the Malaysian public, with various learning objectives, including communication, academics, business, and religious practice. This study aims to identify the need for an Arabic language course specifically for the Hajj and Umrah pilgrimages. One of the main issues identified is that most Hajj and Umrah courses currently offered focus only on routine worship practices, religious rulings in a literal sense, and health management. While these elements can assist pilgrims, they are insufficient for achieving perfection in worship. Recognizing the importance of language in the context of Hajj and Umrah, a language skills module based on the accuracy and needs of Arabic as the language of worship has been developed. This course aims to facilitate pilgrims in fulfilling both acts of worship. The study's findings indicate that language education is a crucial element that can enhance the quality of Muslims' performance during these rituals. In conclusion, providing a comprehensive Arabic language course focused on Hajj and Umrah is essential. Initiatives to organize such courses should be taken seriously by management agencies involved in this industry to improve the quality of worship for pilgrims.

Published

2025-09-24