Analisis Konsep dan Pendefinisian Asnaf al-Gharimin dalam Konteks Agihan Zakat di Malaysia [An Analysis of The Concept and Definition of Asnaf al-Gharimin in The Context of Zakat Distribution in Malaysia]
Keywords:
Zakat, hutang, asnaf, al-ghārimīn. debtAbstract
Al-Qur’an menetapkan lapan golongan yang berhak menerima zakat termasuk golongan al-gh?rim?n, iaitu individu yang dibebani hutang. Peningkatan kes hutang dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan hutang peribadi, pendidikan dan pinjaman tidak berlesen, berpunca daripada tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi serta keperluan mendesak untuk memenuhi keperluan asas harian. Namun begitu, kekeliruan masih wujud dalam mendefinisikan asnaf al-gh?rim?n ini terutamanya berkaitan jenis hutang yang melayakkan seseorang menerima bantuan zakat disebabkan ketiadaan garis panduan yang seragam dalam institusi zakat. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep dan definisi asnaf al-gh?rim?n menurut pandangan fuqaha klasik dan kontemporari serta menganalisis situasi kewangan yang melayakkan seseorang tergolong sebagai asnaf al-gh?rim?n. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan dengan meneliti pandangan fuqaha dan analisis kandungan berkaitan agihan zakat. Hasil kajian memberikan penjelasan yang lebih komprehensif mengenai konsep asnaf al-gh?rim?n serta mengenal pasti kategori hutang dan beban kewangan yang sesuai dimasukkan dalam definisi ini. Kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah pemantapan pelaksanaan agihan zakat berdasarkan prinsip fiqh muamalat secara lebih berkesan dan menyeluruh.
The Qur’an identifies eight categories of recipients entitled to zakat, including al-gh?rim?n—individuals burdened with debt. The rising prevalence of debt in society, especially involving personal, educational, and unlicensed loans, results from increasing living costs and the urgent need to cover basic daily expenses. However, there remains confusion in defining this asnaf al-gh?rim?n category, particularly regarding which types of debt qualify individuals for zakat aid, due to the lack of standardized guidelines among zakat institutions. This study aims to analyze the concept and definition of asnaf al-Gh?rim?n from both classical and contemporary Islamic juristic views, and to examine the financial situations that qualify individuals for this category. Using a qualitative approach, the research is based on library analysis of jurists’ opinions and related content on zakat distribution. The results provide a clearer understanding of the al-gh?rim?n category and identify types of debt and financial burdens that may be appropriately included. It is hoped that this study will improve zakat distribution practices, making them more effective and aligned with the principles of fiqh mu‘?mal?t al-gh?rim?n.