Negara Madani: Kajian Semula daripada Aspek Rekabentuk dan Kandungan Menurut Perspektif Islam [Madani Nation: A Review from The Perspective of Design and Content According to The Islamic Perspective]
Keywords:
Negara Madani, Nilai-nilai Islam, Keadilan sosial, Pembangunan masyarakat, Penyertaan rakyatAbstract
Prinsip-prinsip Islam seperti keadilan, kesederhanaan, kasih sayang, dan tanggungjawab sosial adalah asas kepada konsep Negara Madani. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis reka bentuk dan kandungan konsep Negara Madani dari perspektif Islam serta menilai pelaksanaannya dalam konteks Malaysia. Isu utama yang dikenal pasti adalah cabaran dalam mengintegrasikan nilai Islam ke dalam dasar sedia ada, serta jurang pelaksanaan antara dasar dan realiti masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dokumen, termasuk sumber primer dan sekunder seperti al-Qur’an, hadis, serta kajian terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen-elemen penting seperti prinsip keadilan (al-‘adl), musyawarah (al-shura), kebebasan (al-hurriyah), serta nilai-nilai etika seperti amanah, rahmah, dan wasatiyyah adalah teras pembentukan Negara Madani. Kajian juga mendapati bahawa program Malaysia Madani yang diperkenalkan kerajaan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan inklusif untuk menjamin keberkesanannya. Oleh itu, kajian mencadangkan agar dasar-dasar berkaitan masyarakat madani dirangka secara lebih sistematik dengan melibatkan input pelbagai lapisan masyarakat. Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dasar awam yang lebih lestari serta meningkatkan kesedaran dan pelaksanaan konsep Negara Madani dalam kalangan rakyat.
Islamic principles such as justice, moderation, compassion, and social responsibility form the foundation of the Madani Nation concept. This study aims to analyze the design and content of the Madani Nation framework from an Islamic perspective and to assess its implementation within the Malaysian context. The key issues identified include challenges in integrating Islamic values into existing policies, as well as the implementation gap between policy formulation and societal realities. This study employs a qualitative approach through content analysis of documents, including primary and secondary sources such as the Qur’an, Hadith, and previous scholarly works. The findings reveal that essential elements such as the principles of justice (al-‘adl), consultation (al-shura), freedom (al-hurriyah), and ethical values such as trust (amanah), compassion (rahmah), and moderation (wasatiyyah) are central to the formation of a Madani Nation. The study also finds that the Malaysia Madani program introduced by the government requires a more comprehensive and inclusive approach to ensure its effectiveness. Therefore, the study suggests that policies related to civil society should be designed more systematically, incorporating input from various segments of society. This study is expected to contribute to the development of more sustainable public policies and enhance awareness and implementation of the Madani Nation concept among the Malaysian populace.