Estetika al-tibaq dalam surah al-Hadid [The aesthetics of antithesis (al-tibaq) in surah al-Hadid]

Authors

  • Nur Alya Husna Mohd Asri Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md Nor Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

al-Tibaq, Estetika, Surah al-Hadid

Abstract

Unsur al-tibaq merujuk kepada teknik retorik yang melibatkan penggabungan dua idea atau konsep bertentangan dalam satu ayat atau ungkapan. Teknik ini digunakan untuk menonjolkan perbezaan yang jelas antara konsep tersebut sekali gus menghasilkan kesan yang mendalam dan berkesan kepada pembaca. Kajian ini bertujuan untuk meneroka estetika al-tibaq (antithesis) dari aspek ilmu balaghah, di samping menganalisis al-tibaq yang terdapat dalam surah al-Hadid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang berteraskan analisis kandungan dan data dikumpul menerusi kaedah analisis dokumen, seterusnya dianalisis mengikut tema dalam perbahasan al-tibaq untuk meneliti bagaimana unsur al-tibaq menyumbang kepada kesan estetika dan kedalaman makna teks al-Quran. Hasil kajian mendapati al-tibaq diterap dan diaplikasikan dalam surah al-Hadid. Terdapat enam perkataan al-tibaq dan hanya al-tibaq al-ijabi sahaja yang terkandung dalam analisis surah tersebut. Oleh yang demikian, penemuan ini menunjukkan penggunaan al-tibaq bukan sahaja meningkatkan keindahan bahasa, bahkan memperkaya pemahaman pembaca terhadap mesej dan nilai-nilai yang terkandung dalam al-Quran serta pada masa sama menjadikan pembacaan lebih bermakna dan mendalam.

The element of al-tibaq refers to a rhetorical technique that involves the juxtaposition of two opposing ideas or concepts within a single sentence or expression. This technique is employed to highlight the stark contrast between the concepts, thereby creating a profound and impactful effect on the reader. This study aims to explore the aesthetic dimension of al-tibaq (antithesis) from the perspective of balaghah (Arabic rhetoric), while also analysing instances of al-tibaq found in Surah al-?ad?d. The study adopts a qualitative research design based on content analysis, with data collected through document analysis and subsequently analysed thematically in accordance with the discourse on al-tibaq. This approach seeks to examine how the element of al-tibaq contributes to the aesthetic appeal and semantic depth of the Qur’anic text. The findings reveal that al-tibaq is indeed employed and applied in Surah al-?ad?d. A total of six occurrences of al-tibaq were identified, all of which fall under the category of al-tibaq al-ijabi (positive antithesis). These findings suggest that the use of al-tibaq not only enhances the linguistic beauty of the text but also enriches the reader’s understanding of the messages and values conveyed in the Qur’an, thereby rendering the reading experience more meaningful and profound.

Published

2025-06-30