Kompetensi Pendakwah dalam Era Kecerdasan Buatan [Competencies of Preachers in the Age of Artificial Intelligence]
Keywords:
abstrakAbstract
Kedatangan era kecerdasan buatan telah memberi satu nafas baharu terhadap bidang dakwah dalam mengembangkan penyampaian dakwah berkesan. Era digital ini bukan sahaja memerlukan pendakwah yang berpengetahuan tinggi, akan tetapi memerlukan kepada pendakwah yang mempunyai kompetensi yang baik dalam penyampaian. Hal ini kerana terdapat beberapa kepincangan yang memerlukan pendakwah untuk menguasai era digital kecerdasan buatan ini. Meski teknologi kecerdasan buatan menawarkan pelbagai peluang yang membantu penyampaian pendakwah, masih terdapat cabaran yang besar dalam memastikan penyampaian dakwah ini sesuai dengan ajaran syariah. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep kompetensi pendakwah, mengkaji penggunaan kecerdasan buatan dalam dakwah dan menganalisis elemen-elemen kompetensi pendakwah dalam era kecerdasan buatan. Pendekatan kajian ini adalah dengan mengaplikasikan metode kualitatif iaitu satu kaedah analisis dokumen menerusi pengumpulan data secara analisis kandungan bagi mendapatkan data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa penggunaan kecerdasan buatan dalam dakwah antaranya penggunaan machine learning, natural language processing dan big data. Selain itu, era kecerdasan buatan menyumbang kepada lahirnya kompetensi spiritual, pengetahuan, dan kretiviti dalam penyampaian dakwah berdasarkan kepada tiga manhaj dakwah Al-Bayanuni (manhaj al-athifi, manhaj al-aqli dan manhaj al-hissi). Kesimpulannya, kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam membentuk kompetensi pendakwah terutamanya pendakwah era kecerdasan buatan kini.
The emergence of the artificial intelligence era has introduced a transformative wave in the field of da‘wah, redefining how islamic messages are communicated and understood in the digital landscape. The contemporary context of da‘wah requires not only preachers who are intellectually grounded in religious knowledge but also those who possess digital competencies that align with technological advancement. Although artificial intelligence technology offers various opportunities that can assist in the delivery of da‘wah, there remain significant challenges in ensuring that such dissemination aligns with the principles of shariah. Therefore, the objectives of this study are to identify the concept competence of preacher, to examine the use of artificial intelligence in da‘wah, and to analyse the elements competence of preacher in the era of artificial intelligence. A qualitative research design was employed, utilizing document analysis and content analysis methods to gather and synthesize relevant data from scholarly sources. The findings indicate that several forms of AI application have been utilised in da‘wah, including machine learning, natural language processing, and big data. Furthermore, the AI era has contributed to the emergence of competencies spiritual, knowledge, and creativity in da‘wah delivery, in line with three approach da‘wah of Al-Bayanuni (manhaj al-athifi, manhaj al-aqli dan manhaj al-hissi). In conclusion, this study holds significant importance in shaping the competencies of preacher, particularly among preachers operating in the current age of artificial intelligence.












