Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Ketahanan Tradisi dalam Arus Perubahan Islam Kontemporari [Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Tradition Resiliency In Facing Islamic Contemporary Trasition]
Keywords:
Ahli Sunnah Wal Jamaah, akidah, mazhab fiqh, aliran pemikiran Islam, wasatiyyah, cabaran moden. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, creed (ʿaqidah), schools of fiqh, Islamic schools of thought, wasatiyyah, modern challenges.Abstract
Ahlussunnah wal Jamaah (ASWJ) sudah lama dikenali sebagai aliran utama dalam pemikiran Islam yang menjadi tiang utama bagi majoriti umat Islam di seluruh dunia. Artikel ini membincangkan secara mendalam perkembangan sejarah ASWJ bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW dan para Khalifah al-Rasyidin, kemudian menyentuh pembentukan mazhab akidah Asy'ariyah dan Maturidiyah serta empat mazhab hukum (fiqh) utama iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Kajian turut menyentuh sejarah penyebaran ASWJ di Nusantara.. Kajian ini juga mencakupi perbandingan antara ASWJ dengan aliran-aliran yang bertentangan seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Jabariyah, Qadariyah dan Wahhabiyyah dari aspek teologi, hukum dan tasawuf. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan teks-teks klasik dan kontemporari serta pendekatan perbandingan. Hasil kajian menunjukkan ASWJ masih berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai mazhab utama kerana sifatnya yang sederhana, seimbang dan berpegang teguh kepada prinsip Al-Quran, As-Sunnah serta akal fikiran. Artikel ini juga turut mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengikut aliran ASWJ dalam menghadapi era modenisasi. Antaranya ialah pengaruh aliran pemikiran liberalisme, ekstremisme dan penggunaan media sosial secara meluas yang berpotensi memberikan pengaruh yang kuat terhadap pegangan akidah umat Islam. Selain itu, kajian ini juga menekankan peranan institusi agama, ulama dan sistem pendidikan dalam memastikan ketahanan aliran akidah ASWJ, terutamanya di kawasan-kawasan Nusantara. Secara tuntasnya, penulis berpendapat pendekatan elemen wasatiyyah dan aspek pendidik secara syumul adalah mekanisme utama untuk memastikan aliran akidah berteraskan ASWJ kekal relevan dan tetap diamalkan dalam kalangan umat Islam di rantau ini.
Ahlussunnah wal Jamaah (ASWJ) has long been recognized as the predominant stream of Islamic thought, serving as the foundational pillar for the global Muslim majority. This article provides an in-depth discussion on the historical development of ASWJ, commencing from the era of Prophet Muhammad (SAW) and the Companions of the Prophet (Khulafa al-Rasyidin). It subsequently addresses development of the Ash'arite and Maturidite theological schools, as well as the four principal schools of jurisprudence (fiqh): Hanafi, Maliki, Shafi'i, and Hanbali. The study encompasses a comparative analysis between ASWJ and divergent sects such as Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Jabariyah, Qadariyah, and Wahhabism examining them through theological, jurisprudential, and Sufistic lenses. This research employs a qualitative approach, implements content analysis of both classical and contemporary texts alongside a comparative analysis. The findings indicate that ASWJ has successfully maintained its status as a dominant school of thought due to its principles of moderation, equilibrium, and steadfast in line with the principles of Quran, Sunnah, and rational inquiry ('aql). Furthermore, this article examines the challenges encountered by ASWJ devotees in navigating the era of modernization. Key challenges include the influence of liberalism ideologies, extremism, and the pervasive use of social media that significantly affecting the theological convictions of the Muslim community. Additionally, the study highlighting the pivotal role of religious institutions, scholars (ulama), and the educational system in ensuring the resilience of the ASWJ creed, particularly within the Nusantara region. In a nutshell, the author opined that the integration of wasatiyyah (moderation) and a holistic educational approach constitute the primary mechanisms for ensuring that the ASWJ-based creed remains relevant and practiced among Muslims in this region.












