Kedudukan Nazar di Sisi Syeikh Nawawi al-Bantani [The Position of Nazar in The Thought of Shaykh Nawawi al-Bantani]

Authors

  • Muhammad Aniq Fatimi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdull Rahman Mahmood Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Haslan Khairuddin Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Syeikh Nawawi al-Bantani, mukallaf, nazar, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, Tafsir Maraḥ Labid

Abstract

Artikel ini mengkaji pemikiran Syaikh Nawawi al-Bantani mengenai isu yang terkait dengan apa yang diwajibkan ke atas setiap mukallaf dan dalil-dalil syarat mukallaf untuk melakukan penaakulan dalam akidah, khususnya melalui Tafsir Marah Labid. Kajian menumpukan kepada tiga isu utama iaitu pendapat mutakalimin tentang nazar, mukalaf yang ditaklifkan untuk melakukan nazar dan dalil-dalilnya serta dalil-dalil yang menetapkan kewajipan melakukan nazar. Penulisan artikel ini dilakukan berasaskan kajian kualitatif dengan metode analisis kandungan terhadap karya Syeikh Nawawi al-Bantani dan karya-karya para ulama lain yang berkaitan dengan perbincangan juga dirujuk bagi mengukuhkan analisis. Dapatan kajian menunjukkan makrifatullah sebagai kewajipan syar'i asas yang memerlukan nazar, dan Syeikh Nawawi menekankan kewajipan mukallaf melakukan penaakulan berdasarkan dalil al-Qur’an dan kemampuan akal secara implisit dan kontekstual melalui tafsir.

This article examines Shaykh Nawawi al-Bantani’s thought on the obligations imposed upon every mukallaf and the evidences for the requirement of rational reflection (nazar) in matters of creed, with particular reference to Tafsir Marah Labid. The study focuses on three main issues: the perspectives of the mutakallimun on nazar; those who are obligated to perform nazar and the supporting evidences; and the evidences establishing its obligation. Employing a qualitative content analysis of Shaykh Nawawi’s works alongside relevant scholarly writings, the findings show that ma'rifat Allah is a fundamental shar'i obligation that necessitates nazar. Shaykh Nawawi implicitly and contextually emphasises the obligation of rational reflection based on Qur'anic evidence and human intellectual capacity through his exegetical approach.

Downloads

Published

2026-05-09