Faktor-faktor Pendorong Kritikan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dalam kalangan Sarjana Kontemporari [The Driving Factors Behind Criticisms of Sahih al-Bukhari and Sahih Muslim among Contemporary Scholars]
Keywords:
Kontemporari, Pemikiran Moden, Autoriti Hadith Contemporary, Modern Thought, Hadith AuthorityAbstract
Kajian ini membincangkan faktor-faktor yang mendorong kritikan terhadap Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dalam kalangan sarjana kontemporari. Kajian ini meneliti aliran pemikiran moden, orientalis, Syiah, serta golongan ingkar hadith, yang cenderung menilai hadith berdasarkan logik akal, prinsip rasional, dan konteks sejarah, berbeza daripada metodologi klasik yang menekankan ketelitian sanad dan integriti perawi. Analisis mendapati bahawa kecenderungan mazhab, pengaruh falsafah, serta orientasi intelektual moden merupakan faktor utama yang membentuk kritikan mereka terhadap hadith yang telah disepakati kesahihannya. kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dan seterusnya menganalisis data-data tersebut berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Selain itu, kajian ini menyoroti implikasi kritikan kontemporari terhadap pemahaman al-Sunnah, menunjukkan bahawa walaupun terdapat penolakan terhadap beberapa riwayat, kedudukan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sebagai rujukan utama tidak terjejas secara keseluruhan. Penelitian ini memberi perspektif kritikal yang konstruktif terhadap pendekatan moden, sekaligus menekankan kepentingan keseimbangan antara rasionaliti dan tradisi dalam menilai autoriti hadith. Hasil kajian ini relevan bagi pengembangan metodologi hadith kontemporari dan pemahaman terhadap dinamika kritik ilmiah terhadap sumber utama tradisi Islam
This study examines the factors driving criticism of Sahih al-Bukhari and Sahih Muslim among contemporary scholars. It explores modernist, orientalist, Shia, and hadith-rejecting schools of thought, which tend to evaluate hadith based on rational reasoning, logical principles, and historical context, differing from the classical methodology that emphasizes the precision of the isnad and the integrity of narrators. The analysis reveals that sectarian inclination, philosophical influence, and modern intellectual orientation are key factors shaping their critiques of hadith whose authenticity has been widely acknowledged. This study employs a qualitative research method by analyzing relevant documents and interpreting the data through both inductive and deductive approaches. Furthermore, the study highlights the implications of contemporary criticism for understanding al-Sunnah, indicating that despite the rejection of certain narrations, the status of Sahih al-Bukhari and Sahih Muslim as primary references remains largely intact. The findings provide a constructive critical perspective on modern approaches, emphasizing the importance of balancing rational inquiry with traditional methodology in assessing hadith authority. This study is relevant for the development of contemporary hadith methodology and for understanding the dynamics of scholarly critique of the principal sources of Islamic tradition.












