Kaedah Pengajian Hadis dalam Konteks Pembelajaran Digital: Analisis Modul Micro-Credential “Hadis Sahih” [Method of Hadith Study in The Context of Digital Learning: Analysis of The Micro-Credential Module "Authentic Hadith"]

Authors

  • Muaz Mohd Ghani Basri Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Perlis, Malaysia
  • Ali Abdul Jalil Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)
  • Mohamad Hafiz Darpen Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)

Keywords:

micro-credential, pengajian hadis, al-taḥammul wa al-adā’, mustalah al-ḥadīth, pedagogi digital micro-credential, hadith studies, al-taḥammul wa al-adā’, mustalah al-ḥadīth, digital pedagogy

Abstract

Pengajian hadis dalam tradisi turath berasaskan disiplin al-tahammul wa al-ada’ serta adab al-‘ilm yang menekankan ketelitian ilmiah, hubungan langsung antara guru dan pelajar, serta kesinambungan ilmu secara berautoriti. Dalam kerangka ini, lima syarat hadis sahih berfungsi sebagai instrumen penilaian dalam disiplin mustalah al-hadith, bukan sebagai representasi menyeluruh terhadap keseluruhan proses pengajian hadis. Seiring dengan perkembangan pendidikan tinggi digital, pendekatan pembelajaran seperti micro-credential semakin mendapat tempat kerana sifatnya yang fleksibel, modular dan mesra pembelajaran kendiri. Kajian ini bertujuan menganalisis reka bentuk modul Micro-Credential: Hadis Sahih dari segi struktur kandungan, pendekatan pedagogi dan elemen pembelajaran digital, menilai kesepadanan modul tersebut dengan prinsip pengajian hadis dalam tradisi turath, serta mengenal pasti aspek yang tidak dapat dizahirkan sepenuhnya melalui pendekatan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan modul berasaskan kerangka konseptual al-tahammul wa al-ada’ dan adab al-‘ilm, di samping menjadikan lima syarat hadis sahih sebagai fokus kandungan pembelajaran. Dapatan menunjukkan bahawa modul ini menyokong aspek ketelitian dan verifikasi asas dalam kefahaman pelajar melalui penyampaian kandungan secara berstruktur, pengulangan pembelajaran serta penilaian kendiri. Namun demikian, aspek interaksi langsung antara guru dan pelajar serta implikasi kesinambungan sanad keilmuan yang terkandung dalam disiplin al-tahammul wa al-ada’ tidak dapat direalisasikan sepenuhnya dalam persekitaran digital. Kajian ini menyimpulkan bahawa micro-credential berperanan sebagai pelengkap strategik kepada pengajian hadis tradisional, bukan sebagai pengganti kepada struktur epistemologi turath.

Downloads

Published

2026-06-30