Tema dan Latar Belakang Kandungan Teks al-Mufidah li al-Wildan wa al-Nisa’ al-Mu’minat Karya Imam al-Sanusi (W. 895H) [Theme and Background of The Text al-Mufidah li al-Wildan wa al-Nisa’ al-Mu'minat by Imam al-Sanusi (W. 895H)]
Keywords:
Imam al-Sanusi; al-Mufidah; pendidikan akidah; wanita Islam; Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah aqidah education; Muslim women; Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ahAbstract
Pendidikan akidah merupakan asas pembentukan keperibadian wanita Islam serta benteng utama dalam mempertahankan pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah daripada pengaruh pemikiran kontemporari. Namun demikian, kajian yang meneliti kandungan pendidikan akidah khusus untuk wanita berdasarkan karya turath masih terhad, khususnya terhadap teks al-Mufidah li al-Wildan wa al-Nisa’ al-Mu’minat karya Imam al-Sanusi (w. 895 H). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tema-tema akidah yang terkandung dalam teks tersebut serta menganalisis relevansinya terhadap pemantapan pendidikan akidah wanita Islam di Malaysia kontemporari. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap teks al-Mufidah berdasarkan naskhah tahkik Khalid Zahri dengan sokongan karya-karya berkaitan Imam al-Sanusi dan pendidikan akidah. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema utama serta pendekatan pedagogi yang digunakan oleh pengarang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan al-Mufidah berpusat kepada dua tema utama, iaitu sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Rasul yang dihuraikan melalui tiga pendekatan pedagogi, iaitu al-Hifz (hafazan), al-Taqabul (perbandingan berlawanan) dan al-Tadarruj (penyusunan berperingkat). Ketiga-tiga pendekatan tersebut membentuk suatu model penyampaian akidah yang ringkas, sistematik dan sesuai untuk golongan wanita serta kanak-kanak. Kajian turut mendapati bahawa pendekatan pendidikan yang diketengahkan oleh Imam al-Sanusi masih mempunyai nilai aplikasi dalam pembangunan pendidikan akidah wanita Islam masa kini, khususnya dalam usaha memperkukuh kefahaman asas tauhid berteraskan tradisi Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan penyelidikan turath melalui analisis tematik terhadap teks al-Mufidah serta memperlihatkan potensinya sebagai sumber rujukan dalam pembangunan kurikulum pendidikan akidah wanita Islam kontemporari.
Aqidah education constitutes a fundamental basis for the formation of Muslim women’s religious character and serves as a primary safeguard for preserving adherence to the creed of Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah against the influence of contemporary thought. Nevertheless, scholarly studies examining aqidah education specifically for women based on classical Islamic (turath) works remain limited, particularly those focusing on al-Mufidah li al-Wildan wa al-Nisa’ al-Mu’minat by Imam al-Sanusi (d. 895 AH). Accordingly, this study aims to identify the major aqidah themes contained in the text and to analyse their relevance to strengthening aqidah education among Muslim women in contemporary Malaysia. This qualitative study employs document analysis of al-Mufidah, based on the critical edition (tahqiq) prepared by Khalid Zahri, supplemented by relevant works on Imam al-Sanusi and aqidah education. The data were analysed thematically to identify the principal themes and pedagogical approaches employed by the author. The findings indicate that the content of al-Mufidah centres on two major themes, namely the attributes of Allah and the attributes of the Messengers, which are presented through three pedagogical approaches: al-Hifz (memorisation), al-Taqabul (contrasting pairs), and al-Tadarruj (gradual progression). These three approaches constitute a concise, systematic, and accessible model of aqidah instruction suitable for women and children. The study further demonstrates that the educational approaches introduced by Imam al-Sanusi remain relevant to contemporary aqidah education for Muslim women, particularly in strengthening foundational understanding of tawhid based on the tradition of Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. This study contributes to the development of turath scholarship by providing a thematic analysis of al-Mufidah and highlighting its potential as a reference source for the development of contemporary aqidah education curricula for Muslim women.












