Ketokohan dan Kesarjanaan Abdullah Mohamed (Nakula) Merentas Zaman untuk Manfaat Bangsa [Charisma and Abdullah Mohamed (Nakula)'s Scholarship Crossing Time for Race Benefit]

Authors

  • Mohd Zaki Mahmud Universiti Islam Malaysia
  • Adel M. Abdulaziz al-Geriani Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Abdul Latif Abu Bakar Universiti Islam Malaysia

Keywords:

ketokohan, kesarjanaan, ilmu dunia, ilmu akhirat. Charisma, Scholarship, knowledge of the world, knowledge of the hereafter

Abstract

Penulisan ini memberi tumpuan tentang ketokohan dan pemikiran seorang individu yang mempunyai kewibawaan, tekun menuntut ilmu dan mampu menjadi contoh terbaik dalam masyarakat. Ketokohan yang dimiliki oleh Abdullah Mohamed atau nama pena ‘Nakula’ adalah individu yang berusaha dan berjuang untuk mencapai keseimbangan ilmu dunia dan akhirat, tetapi pemikiran dan keilmuan mencapai tahap yang tinggi kerana beliau gigih mencari ilmu secara langsung dan tidak langsung, sanggup berusaha dengan gigih untuk mencari setiap persoalan yang bermain di fikiran berdasarkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, perbincangan, rujukan dan penelitiannya terhadap bidang yang dikaji. Penulisan  ini mempunyai tajuk mengenai ketokohan dan kesarjanaan seorang yang diangap budayawan gigih menulis membaca dan menelaah, banyak penulisan yang kemukakan berlandaskan keilmuan dan pengalaman, pernyataan masalah mengenai kewibawaan dan sumbangan sebagai seorang budayawan mengenai pemikiran dan riwayat hidup berdasarkan keilmuan, objektif kajian dalam penulisan ini adalah mengenal pasti dan menganalisis pemikiran dan falsafah dalam peradaban kebudayaan Melayu, kaedah kajian dengan menggunakan temu bual dengan orang sezaman dengannya, tokoh sejarah, tokoh akademik. kajian lepas juga di buat dan dapatan kajian menunjukkan pemikiran dan falsafah tokoh ini berpikiran  di luar kotak atau  pemikiran biasa. Hasilnya, didapati bahawa sepanjang usianya, banyak dihabiskan dan dikorbankan dengan usaha untuk arif, minat dan mengetahui ilmu astronomi, jiwa, geologi, ekonomi, kebudayaan, etika, sosiologi, sejarah, antropologi, sastera, falsafah dan seni lukis. Kesemua bidang ilmu ini membuktikan ketokohan dan kesarjanaan ustaz Abdullah Mohamed yang menjadi ilmuwan, budayawan, sejarawan, ahli astronomi dan penulis di Kelantan Darul Naim.

This piece focuses on the charisma of some one authoritative, diligent in seeking knowledge, and can be the best example in society. Abdullah Mohamed, or 'Nakula,' possesses the charisma of a person who strives and struggles to achieve a balance of knowledge of the world and the world of the hereafter, despite his lack of celebrity. His name and charisma are well known in Kelantan, and he leaves a variety of impressions because he is determined to seek knowledge both directly and indirectly, and he is willing to work hard to find every issue that arises in his mind based on knowledge gained from his readers, discussions, and studies of the field studied. The findings revealed that much was used and sacrificed during his life time in pursuit of wisdom, interest, and knowledge of astronomy, psychology, geology, economics, ethics, sociology, history, anthropology, literature, philosophy, andart. All fields of knowledge demonstrate Abdullah Mohamed's charisma and knowledge, who rose to prominence as an intellectual and writer in Kelantan Darul Naim.

Published

2021-10-20